• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Rakyat Tempatan Antara 22 Ditahan Rancang Jatuhkan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seramai 22 lelaki termasuk 10 rakyat tempatan ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dengan rancangan menjatuhkan kerajaan dan juga kemungkinan ada kaitan dengan ‘Royal Sulu Force’.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun berkata 20 orang termasuk 10 rakyat tempatan itu ditahan di sekitar Tanjung Labian, Sungai Bilis dan Tanjung Batu di Lahad Datu pada 7 Mei lepas manakala dua hari kemudian dua lagi ditahan di Ranau.

“Kita tahan mereka di rumah masing-masing melalui operasi terancang berdasarkan maklumat yang kami terima.

“Operasi Gasak 3 yang diketuai saya sendiri bermula pada Jumaat lepas melibatkan polis dan semua agensi penguatkuasaan termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom),” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Hidup Sihat Polis Diraja Malaysia Sabah di sini, hari ini.

Abd Rashid berkata kesemua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata kesemua tahanan itu berumur antara 22 dan 75 tahun.

Menurutnya, selain 10 rakyat tempatan itu, dua individu mempunyai sijil lahir yang mengatakan mereka dilahirkan di Sabah, seorang lagi mempunyai pas lawatan dari Filipina, manakala bakinya tiada dokumen pengenalan diri.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 130J Kanun Keseksaan (KK) kerana disyaki terlibat dengan persiapan menjatuhkan kerajaan dan juga mungkin ada kaitan dengan ‘Royal Sulu Force’.

“Seksyen ini membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: polisSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd