Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Kos Penyediaan Infrastruktur Internet...

KUALA LUMPUR - Kos penyediaan infrastruktur kemudahan Internet di Malaysia lebih tinggi berbanding...

Polis Tak Keluar Kad...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluarkan kad keahlian Program...

PAN Jangka 1,000 Perwakilan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkakan 1,000 perwakilan dari 156 kawasan...

Polis Hentikan Siastan Dakwaan...

SHAH ALAM - Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua...

Wanita Lahir Tanpa Rahim Dan Pangkal Rahim

Seorang wanita yang dilahirkan tanpa rahim dan pangkal rahim hanya menyedari mengenai keadaan itu selepas mendapatkan rawatan doktor kerana dia tidak didatangi haid seperti gadis lain.

Joanna Giannouli, 27, hanya mengetahui mengenainya ketika dia berusia 17 tahun.

Keadaannya itu disebabkan dia mengalami sindrom Rokitansky. Ia hanya berlaku kepada setiap seorang daripada 5,000 wanita.

Penghidapnya juga tidak boleh melahirkan anak.

Sindrom berkenaan juga menyebabkan Joanna tidak mempunyai saluran alat sulit hingga memaksa pembedahan ke atasnya dilakukan.

Pembedahan besar itu dilakukan ketika Joanna berusia 17 tahun di Athens, Greece.

Meskipun secara fizikal Joanna kelihatan seperti tidak mempunyai masalah namun dia berdepan dengan komen-komen berbaur penghinaan daripada bekas kekasihnya.


Malah keadaan itu juga menyebabkan perkahwinan yang ditetapkan ketika dia berusia 21 tahun terpaksa dibatalkan.

Situasi tersebut menjadikan dia kemurungan dan terpaksa bergelut untuk membina hubungan selama bertahun-tahun dengan lelaki.

Namun kini selepas 10 tahun pembedahan itu dijalankan, Joanna mulai sedar tiada apa yang boleh dilakukannya sebaliknya Joanna mula menerima perkara berkenaan.

Dia juga telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang mengetahui keadaannya itu sejak mereka mula berkenalan dan menerima hakikat mereka tidak akan mempunyai anak.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori