• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Mat Sabu Polemik Politik – Hishammuddin

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu kononnya Malaysia telah dibeli Arab Saudi untuk menyertai blok besar di Timur Tengah adalah tidak berasas sama sekali.

Tuduhan itu merupakan tindakan polemik politik semata-mata, kata Hishamuddin ketika menjawab tuduhan itu berikutan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa kerajaannya mendermakan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjawab pertanyaan pemberita, Hishammuddin berkata tuduhan itu merupakan ‘spin politik’ pihak tertentu dan jawapan yang diberikan mereka juga adalah pelbagai serta berubah mengikut waktu.

“Saya konsisten dari dahulu dalam apa juga tuduhan dan seharusnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai pengesahan daripada pihak berkenaan.

“Isu politik, kalau betul kita telah dibeli buktikan…tiada bukti jangan cakap,” katanya selepas merasmikan Malaysian Defence and Security (MDaS) Hall and Networking di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu seharusnya tidak diperbesarkan.

“Lebih baik kita tengok kepada perkara yang membina, isu keselamatan dan pertahanan dunia yang menjadi cabaran besar kepada semua pemimpin dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd