Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian Mohamad Sabu yang secara terbuka menyatakan sokongannya kepada pasukan La Roja.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Bang Mat berkata ramai penyokong Sepanyol pasti tersenyum lebar selepas menyaksikan pasukan pilihan mereka menjulang trofi berprestij itu.
> “Fuh, mesti ramai penyokong Sepanyol tersenyum lebar pagi ni. Bang Mat pun sama!” tulisnya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sepanyol selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Argentina, dalam aksi final yang disifatkannya cukup mendebarkan.
Sepanyol dinobatkan sebagai juara dunia selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 menerusi masa tambahan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di New York New Jersey Stadium, Amerika Syarikat.
Gol tunggal kemenangan La Roja dijaringkan pemain gantian, Ferran Torres, pada minit ke-106 sekali gus menamatkan penantian Sepanyol untuk merangkul kejuaraan dunia kedua selepas kali pertama melakukannya pada 2010.
“Memang berbaloi betul berjaga awal pagi tadi. Game final yang cukup mendebarkan, dua-dua pasukan pun power, tapi akhirnya La Roja juga yang berjaya julang trofi,” katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol menafikan usaha Argentina untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2022 di Qatar. –MYNEWSHUB
Sumber: Facebook Mohamad Sabu/Reuters/AP


