• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Tidak Patut Berdolak-Dalik Tentang Laporan PAC

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua kini berdolak-dalik dan mempersoalkan laporan PAC mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas beliau menandatangani laporan itu tanpa ragu-ragu, kata 1MDB.

Dalam kenyataan di sini hari ini, 1MDB menyatakan rasa terkejut dengan komen Pua bahawa beliau hanya berpuas hati ’80 peratus’ dengan laporan PAC yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

“1MDB telah memberikan semua dokumen dalam pemilikannya kepada Jabatan Audit Negara (JAN).

“Ia juga telah menjelaskan kepada JAN kenapa dokumen-dokumen lain tidak dapat diperoleh. YB Tony tahu ini semua namun tetap terus mengitar semula kenyataannya,” katanya.

“PAC telah meminta agensi penguat kuasa relevan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu. YB Tony perlu menghormati keputusan kolektif PAC, menghentikan politik retorik dan membenarkan pihak berkuasa undang-undang melakukan kerja mereka,” katanya.

Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan dilaporkan berkata beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu mengenai 1MDB kerana, masih terdapat banyak perkara yang belum selesai dengan syarikat itu kerana 1MDB masih belum menyerahkan semua dokumen yang diminta.

PAC dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang. – BERNAMA

Tags: Tony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

‘Above Politics’ Tidak Bermaksud Raja Melayu Tidak Boleh Komen Politik, Tony Pua Dipersilakan Berambus – Azrul

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai anggota kerabat diraja yang beliau dakwa terlibat dalam...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd