• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong ADUN Yang Sentiasa Turun Padang Untuk Berkhidmat

oleh Ahmad Albab
16/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Rakyat Sarawak diminta menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sentiasa turun padang bagi menyelesaikan pelbagai masalah penduduk tanpa mengira waktu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata penduduk memerlukan wakil rakyat yang mampu menyelami keperluan dan melihat nasib ‘anak buah’ di kawasan tanpa mengira sama ada musim pilihan raya atau tidak.

Katanya rata-rata pemimpin pembangkang bersikap bagaikan ‘kelawar pada musim buah’ yang turun padang hanya pada musim pilihan raya dan menghilangkan diri selepas itu.

Pemimpin ini hanya tunjuk muka ketika musim pilihan raya dan tinggalkan kawasan itu selepas pilihan raya berakhir tanpa membawa apa-apa pembangunan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Linchang, Entawa, dekat sini Sabtu.

“Mereka (pemimpin pembangkang) berkokok di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat tetapi tiada pembangunan dibawa, itu sebabnya kita harus mendokong dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) yang terbukti sentiasa turun padang, bukan hanya ketika pilihan raya sahaja,” tambahnya.

Hadir sama, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat yang juga Anggota Parlimen Sri Aman dan juga penyandang kerusi DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Ahmad Zahid berkata kesinambungan pimpinan kerajaan pusat dan negeri akan memacu pembangunan berterusan di Sarawak.

Beliau menyeru penduduk Sarawak memberi mandat kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan BN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) pada 7 Mei ini bagi meneruskan pelbagai rancangan pembangunan negeri.

“Peluang harus diberikan kepada Tok Nan (Adenan). Walaupun kurang dua tahun beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak, lebih 50 projek, prinsip dan perancangan dilaksanakan. Ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang komited,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga komited dalam membangunkan negeri Sarawak dengan memberi peruntukan dalam pelbagai projek pembangunan, termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai lebih RM16 bilion. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan program jualan daging babi secara besar-besaran akan diteruskan walaupun terdapat bantahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd