• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Teroka 7,284 Hektar Tanah Hutan Simpan Kekal Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perhutanan Kelantan mendapati 7,284 hektar tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini diteroka secara haram oleh sindiket sebelum tanah terbabit dijual secara lot kepada orang ramai.

Pengarahnya Zahari Ibrahim berkata daerah yang terjejas teruk adalah di Gua Musang melibatkan keluasan 3,840 hektar dengan 404 hektar daripadanya adalah HSK Ulu Galas dan HSK Batu Papan.

Dalam operasi dilakukan sepasukan 34 anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Kelantan semalam, mendapati penerokaan dua kawasan HSK terbabit didalangi sindiket yang diketuai individu berasal dari Pahang dan Terengganu, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Zahari berkata sindiket itu menipu orang ramai dengan mendakwa penerokaan kawasan terbabit mendapat kelulusan daripada pihak Istana Kelantan.

“Melalui risikan dan maklumat awal kita dapati sindiket ini menggunakan nama kerabat (diraja) untuk menipu orang ramai dengan alasan ada kelulusan untuk pembukaan perkampungan di Hutan Simpan Kekal Ulu Galas,” katanya.

Zahari berkata dalam operasi terbabit pihaknya menyita jentera dan peralatan untuk membuka kebun, ladang getah dan kelapa sawit secara haram serta menahan tiga penduduk tempatan yang berada di kawasan HSK Ulu Galas.

Kesemua suspek terbabit akan didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan mereka juga didapati melanggar Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara sehingga lima tahun, katanya.

Zahari berkata operasi berkenaan adalah antara beberapa siri penguatkuasaan jabatan itu yang dirancang khusus untuk membanteras aktiviti pencerobohan hutan simpan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Operasi kali ini menyasarkan kawasan `hotspot’ yang dipercayai bergiat aktif menggunakan nama pihak istana bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai, katanya.

“Hasil siasatan, kita dapati Pejabat Hutan Kelantan Selatan Gua Musang sudah beberapa kali membuat serbuan tetapi modus operandi peneroka haram sentiasa berubah bagi mengelak dicekup serta masih berdegil meskipun sudah beberapa kali ditahan dan peralatan disita,” katanya.

Katanya pihaknya dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras kegiatan sindiket berkenaan.

Sementara itu, Zahari mengingatkan orang ramai bahawa HSK adalah kawasan tertutup dan orang ramai dilarang menerokainya. – BERNAMA

Tags: hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah

Kes Bunuh Warga Sri Lanka: 2 Suspek Dicekup Sembunyi Dalam Hutan

28/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka Khamis lalu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan...

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

11/07/2023
0

KOTA BELUD: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang semasa melarikan diri ke dalam hutan di Kampung Dudar ditemukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd