Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Aerotren KLIA Beroperasi Semula...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tergendala...

Pasukan Keselamatan Sedia Hadapi...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun menasihati orang awam...

Lelaki Paling Gemuk Di...

BEIJING – Liang Yong pernah dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk di China dengan memiliki...

Gempa Bumi: Lebih 10...

RANAU - Lebih 10 gegaran susulan dirasai di sekitar Taman Kinabalu, Kundasang di sini selepas...

Kes Bunuh Warga Sri Lanka: 2 Suspek Dicekup Sembunyi Dalam Hutan

KUALA LUMPUR: Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka Khamis lalu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan sekitar Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek direman untuk disoal siasat bagi mengenal pasti motif kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari mengesahkan penahanan kedua-dua suspek berkenaan.

“Ya, kedua-dua suspek telah ditahan dan satu sidang akhbar akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.


Terdahulu media melaporkan, mayat tiga lelaki ditemui dalam keadaan kaki dan tangan diikat serta kepala ditutup menggunakan plastik dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, di sini.

Ketiga-tiga mayat lelaki terbabit ditemui di dalam stor rumah dalam keadaan bertindan dengan seorang daripadanya bogel.

Bunyi jeritan dipercayai pergaduhan membawa kepada penemuan tiga mayat berkenaan selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam jam 11 malam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori