Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

JDT Ambil Ramai Pemain...

JOHOR BAHARU - Juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuhkan statusnya dengan...

Rakyat Malaysia Rozanna Mat...

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam...

4 Lelaki Didakwa Bunuh...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini...

Awas…Akibat Guna Telefon Bimbit...

BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecederaan dan kematian yang berlaku akibat berbual...

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

KOTA BELUD: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang semasa melarikan diri ke dalam hutan di Kampung Dudar ditemukan dalam keadaan selamat malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa yang dilaporkan hilang sejak petang Ahad itu ditemukan oleh orang awam pada pukul 9.30 malam tadi dan diserahkan kepada ahli keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian orang hilang di hutan pada pukul 7.54 pagi semalam dan sepasukan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak pada jarak 42 kilometer.

Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, keluarga mangsa memaklumkan, kanak-kanak itu melarikan diri dari rumah pada Ahad susulan pergaduhan antara mangsa dan adiknya yang berusia 10 tahun.

Pada awalnya, keluarga mangsa menyangka kanak-kanak tersebut hanya merajuk sekejap dan akan kembali semula ke rumah seperti dalam kejadian sebelum ini.

“Mangsa difahamkan telah pulang ke rumah pada 3.30 pagi semalam tapi, mangsa bertindak melarikan diri semula ke dalam hutan kerana mendapati terdapat ahli keluarga lain di rumah.


“Walau bagaimanapun, mangsa ditemukan oleh orang awam dalam keadaan selamat pada pukul 9.30 malam tadi dan telah diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli keluarga cuba mengejar kanak-kanak itu ketika dia pulang ke rumah pada pagi semalam namun, tidak berjaya mengejar mangsa yang hilang dari pandangan pada jarak 300 meter dari kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Dudar.

Jelas beliau, rumah mangsa yang terletak berhampiran dengan sekolah memang dikelilingi kawasan hutan.

Muhammad Syazwan berkata, selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 10.30 malam.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori