• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Pelancong: Pembuat Kusyen Dipenjara 8 Tahun, 3 Sebatan

oleh Ahmad Albab
22/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Bayangkan trauma yang dialami mangsa yang datang untuk bergembira di negara ini dan kamu telah menjahanamkan kegembiraan dan percutiannya,” kata hakim ketika menjatuhkan hukuman terhadap seorang lelaki kerana merompak seorang pelancong Britain.

Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan terhadap Muhammad Fariss Mohd Yusoff, 22, selepas didapati bersalah merompak dan mencederakan Samantha Knox, 29.

Hakim berkata mangsa yang merupakan seorang doktor sepatutnya menghabiskan percutiannya dengan aktiviti yang menyeronokkan namun kes itu telah menyebabkan beliau terpaksa berulang-alik ke balai polis dan mahkamah untuk memberi keterangan.

“Imej negara sudah tercemar dengan perbuatan kamu yang amat memalukan negara, mencerminkan Malaysia sebuah negara yang tidak selamat untuk pelancong kerana ada kes rompak.

“Setelah mengambil kira semua faktor dan hujahan, selain Seksyen 394 Kanun Keseksaan telah dipinda oleh Parlimen untuk memansuhkan kes ragut sebagai kes rompakan untuk kepentingan awam, maka saya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan,” kata hakim yang memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.

Muhammad Fariss, seorang pembuat kusyen hanya menundukkan kepalanya sebaik hakim menjatuhkan hukuman itu.

Tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan ke atas Samantha dengan mengambil beg tangannya dan semasa melakukan rompakan tersebut telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Klinik Tang Ling, Jalan Cenderasari, Dang Wangi di sini pada 2.30 petang, 11 Jun 2015 mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Peguam Easther Tan memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas anak guamnya kerana pihaknya akan menfailkan rayuan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz membantah permohonan itu.

Hakim Jagjit Singh membenarkan penangguhan hukuman sebatan namun menolak penangguhan hukuman penjara, mengambil kira alasan tertuduh perlu mencari nafkah menyara keluarga bukan satu alasan yang tergolong dalam keaadan istimewa membolehkan mahkamah membenarkan permohonan itu.

Sebanyak empat saksi pihak pendakwaan dan seorang saksi pihak pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada Jun 2015. – BERNAMA

Tags: Penjararompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd