• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Individu Beri Ucapan Berbaur Hasutan & Ugutan Jenayah

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang perbuatan atau ucapan yang boleh mengancam ketenteraman awam merupakan satu kesalahan jenayah dan orang ramai diingatkan bahawa tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka ekoran perbuatan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh menegaskan orang ramai harus berhati-hati agar tidak melakukan perbuatan atau ucapan sehingga boleh mengancam ketenteraman awam di negara ini khususnya di bandaraya Kuala Lumpur.

“Ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap individu yang menyampaikan ucapan berunsur hasutan dan ugutan jenayah ketika penyerahan memorandum di Pejabat DAP Pusat, Jalan Pudu, di sini, semalam.

Menurutnya, seramai 20 anggota Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hadir untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

“Semasa penyerahan tersebut seorang peserta telah menyampaikan ucapan yang mengandungi unsur-unsur hasutan dan ugutan jenayah,” katanya.

Antara yang hadir ketika penyerahan memorandum berkenaan ialah Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Datuk Ramesh Rao.

Media melaporkan, penyerahan memorandum berkenaan bertujuan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercuti daripada jawatannya, bagi memberi ruang kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung pembelian banglo RM2.8 juta yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran. – BERNAMA

Tags: hasutanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd