• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peti Pos Paling Selatan Di Tanjung Piai, Johor

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) meneruskan usaha dalam mempromosikan projek pos pelancongan dengan menyediakan peti pos di Tanjung Piai, Pontian, Johor yang terletak di bahagian paling selatan di Benua Asia.

Pada tahun lalu, Pos Malaysia melancarkan peti pos yang berada pada altitud tertinggi iaitu 3,289 meter dari aras laut di Gunung Kinabalu dan peti pos terdalam di dasar laut di Pulau Layang-Layang, Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, peti pos paling selatan itu ditempatkan secara strategik di hadapan Monumen Tanjung Piai yang terletak di hadapan pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai.

“Reka bentuk peti pos ini didatangkan dalam bentuk mural 3D yang mengetengahkan ilustrasi Lotong Cikong dan daun pohon Piai Raya.

“Pencapaian hari ini merupakan usaha berterusan Pos Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mempromosikan projek pos pelancongan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shukrie berkata, Pos Malaysia akan meneruskan usaha dalam meneroka peluang baharu dalam menyumbang kepada pembangunan negara melalui projek pos pelancongan.

“Tanda pos istimewa ilustrasi Lotong Cikongberserta alamat Tanjung Piai ini hanya boleh didapati di lokasi ini sahaja,” katanya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan. sebanyak 2,277 premis daripada tujuh kampung di Mukim Serkat akan menerima nombor pengenalan hasil daripada projek Alamat Untuk Semua (AFA) yang merupakan sebahagian daripada agenda bantuan rakyat.

Menurutnya, alamat yang lengkap merupakan satu keperluan bagi setiap premis di negara ini bagi memastikan segala bantuan untuk rakyat dari segi sosio-ekonomi, keselamatan, kemudahan, usaha pengurusan kecemasan dan bantuan bencana dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

“Ini turut memudahkan urusan Pos Malaysia sebagai organisasi perkhidmatan pos dan kurier nasional untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif terutamanya dalam sektor e-Dagang,” katanya.

Terkini, terdapat lebih sejuta atau 12 peratus premis perumahan dan perniagaan tanpa nombor pengenalan dan alamat lengkap.

Projek AFA akan memastikan semua premis lengkap dengan alamat menjelang 2020. Projek itu telah pun berlangsung sejak 2015 dan dilaksanakan oleh Pos Malaysia dan SKMM. – mynewshub.cc

Tags: JohorPos Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

29/07/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan sistem logistik halal sebagai langkah memperkukuh integriti rantaian bekalan produk...

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd