• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendeposit Kena Tunggu 83 Tahun Tunai Haji Apabila Keluar Deposit Haji

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 83 tahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara ini berlaku akibat pendeposit terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini oleh anggota parlimen pembangkang kononnya TH tiada duit dan rugi.

“Kalau mereka mendaftar balik, mereka akan mendapat giliran 83 tahun lagi walaupun sepatutnya boleh pergi tahun depan atau dua tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai kesan yang diterima TH susulan surat yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu, yang diputar-belit sesetengah pihak.

Asyraf Wajdi berkata penyebaran surat daripada BNM melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan berita yang tidak berasas dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa.

Menjawab soalan Irmohizam mengenai tindakan TH menangani elemen fitnah itu, Asyraf Wajdi berkata TH sedaya mungkin melakukan pelbagai cara termasuk memujuk pendeposit untuk menyakini kemampuan pengurusan haji lembaga itu.

Terdahulu, menjawab soalan asal dari Irmohizam mengenai kos sebenar menunaikan haji pada masa kini, katanya, TH masih mengekalkan bayaran haji terendah sebanyak RM9,980 bagi seorang jemaah selama lapan tahun berturut-turut sejak 2009 walaupun kos haji sebenar meningkat setiap tahun.

“Bagi musim ini, kos haji sebenar bagi seorang jemaah adalah RM18,890 dan perbezaan RM8,910 adalah ditanggung oleh TH. Kos keseluruhan subsidi/tanggungan haji bagi tahun ini dianggarkan mencecah RM160 juta,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan sentiasa mengambil inisiatif dengan membuat rayuan pada setiap tahun kepada kerajaan Arab Saudi untuk mempertimbangkan penambahan kuota untuk jemaah haji negara ini.

“Kuota jemaah haji Malaysia terhad kepada 22,320 orang sahaja berikutan projek pembangunan di Kota Makkah termasuk pembesaran Masjidil Haram, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota rasmi semua negara bermula musim haji 2013 hingga tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd