• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Cadang Perlembagaan Persekutuan Ikut Al-Quran

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan Perlembagaan Persekutuan ditambah baik supaya mengikut tafsiran Al-Quran sepenuhnya.

Kata beliau, langkah itu dapat menambah nilai kedudukan Islam di negara ini kerana meletakkan Islam dalam Perlembagaan Negara mengikut tafsiran Al-Din.

“Alangkah baiknya melakukan perkara yang ringkas sahaja, tetapi menambah nilai kedudukan Islam yang sebenar seperti meletakkan Islam dalam Perlembagaan Negara mengikut tafsiran Al-Din daripada bahasa asal Al-Quran.

“Bukannya agama sahaja mengikut semua bahasa yang lain yang salah maksudnya serta melaksanakan langkah memperkasakan hukum syariat ditempatnya yang mulia sehingga mengatasi segala hukum ciptaan manusia yang bercanggah dengannya supaya mencapai kemerdekaan yang sebenarnya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, setiap syarat dan rukun dalam amalan Islam sama ada urusan dunia atau akhirat mesti dipenuhi sepenuhnya.

Beliau memberi contoh perbuatan meninggalkan satu rukun yang penting dengan sengaja sewaktu solat seperti tidak mengucapkan salam menamatkan solat maka sembahyang itu tidak sah dan wajib ditunaikan semula.

“Begitulah juga yang menunaikan ibadat haji, walaupun 99 peratus dilaksanakan, tiba-tiba mempermainkan rukunya tanpa ditunaikan seperti tidak mahu bertawaf di Kaabah atau berwukuf di Arafah maka hajinya kosong,” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd