Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

7,000 Kamera Badan Untuk...

IPOH : Perolehan 7,000 unit kamera badan bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Taufan Hagupit Musnahkan Kediaman...

LEGASPI - Taufan Hagupif memusnahkan kediaman dan menyebabkan ombak besar membadai kawasan pantai...

Kecoh Lagi Isu ‘DG...

KUALA LUMPUR - Kecoh lagi, itu yang boleh digambarkan mengenai persidangan Dewan Rakyat...

Jabatan Imigresen Kedah Berkas...

LANGKAWI - Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah...

Misteri Duta Itali Tak Kenal Anak Malaysia Bos Baru FC Bari

ROM – Ini betul-betul tabik si kaya tetap berprofil rendah… Status Datuk Dr. Noordin Ahmad, yang menjadi Ketua Eksekutif FC Bari 1908 selepas membeli 50 peratus saham kelab itu baru-baru ini, masih lagi diselubungi misteri.

Ia sehingga mencetuskan perbagai persoalan selain persepsi oleh penyokong tegar kelab dari selatan Itali itu, menurut portal berita Bari Repubblica, dan disahkan sendiri oleh Duta Itali di Malaysia, Mario Sammartino.

Diplomat itu memberitahu bahawa sebenarnya langsung tiada kerajaan dari rantau Asia Tenggara yang berminat untuk melabur di Apulia, tempat ‘tuan rumah’ kelab bola sepak tempatan tersebut dan ditubuhkan sejak 1908.

Malah, rakan kongsi baharu Presiden FC Bari 1908, Gianluca Paparesta juga enggan ‘buka mulut’ ketika diminta media Itali bercakap mengenai perkembagan terbaharu syarikatnya dikuasai hartawan Melayu Islam Malaysia.

“Noordin tidak datang ke kedutaan (Malaysia di Itali) untuk memberitahu tujuannya ke sini dan saya tidak tahu apa-apa pun. Jika tidak, mungkin saya boleh bertemunya sendiri secara peribadi dalam mana-mana majlis rasmi.

“Pelaburan Malaysia sebenarnya amat penting di Itali bermula sejak beberapa tahun lalu melibatkan proses pengambilalihan Selenia (firma produk minyak pelincir dan minyak enjin) daripada kumpulan Petronas.

noordin-paparesta
Noordin Ahmad tersenyum selepas mengambil alih FC Bari 1908 daripada Gianluca Paparesta. – Gambar hiasan

“Buat masa ini, saya tidak pula tahu apa-apa tentang pelaburan yang dirancang oleh mana-mana pihak tertentu dari Malaysia di Itali,” kata Paparesta kepada media tempatan sebagai mengulas isu ‘panas’ tersebut baru-baru ini.

Sementara itu, Noordin, 59; pada sidang akhbarnya selepas memeterai perjanjian rasmi pembelian saham tersebut mendedahkan perancangannya untuk menubuhkan sebuah akademi bola sepak FC Bari 1908 di Malaysia.

Ia seterusnya bakal memberi peluang kepada ramai bakat muda di Malaysia untuk menjadi pemain profesional termasuk menimba pengalaman beraksi dalam liga Itali yang mempunyai sembilan siri kumpulan kelas berbeza.

FC Bari 1908 pada masa kini berada di tempat ketiga Serie B dengan mengutip 60 mata selepas 36 perlawanan, sekali gus berada di laluan betul untuk mara ke peringkat playoff bagi membolehkannya ke Serie A musim depan.


Kelab itu paling diingati kerana mencipta rekod pembelian termahal ke atas pemain dari Britain apabila ‘membeli’ bintang tengah England, David Platt dengan harga 5.5 juta pound (RM24 juta) daripada Aston Villa pada 1991 lalu.

Portal-portal berita Itali melaporkan ahli perniagaan dari Malaysia itu menjadi pemegang saham majoriti FC Bari 1908 selepas membeli 50 peratus pegangan saham dengan nilai 12 juta euro (RM52.6 juta) daripada Paparesta.

KUALA LUMPUR 16 APRIL 2016.Malaysian Businessman,Datuk Dr Noordin Ahmad during his visit FC Bari .NSTP/EMAIL *** Local Caption ***
Noordin Ahmad bergambar bersama-sama dengan sebahagian pemain pelapis FC Bari 1908. – Gambar hiasan

Bekas pengadil Itali yang berusia 47 tahun dan anak kelahiran Bari itu sebelumnya adalah pemilik sebanyak 95 peratus kepentingan kelab tersebut. Baki kecil lima peratus lagi saham adalah milik Cosmos Giancaspro.

Rakan baik Noordin iaitu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ahli perniagaan itu dijangka kembali ke tanah air tidak lama lagi dan mereka berdua akan mendedahkan ‘perancangan besar’.

Noordin yang berasal dari Manjung, Perak, merupakan sahabat Annuar. Katanya, Noordin ada pengalaman luas dalam industri minyak dan gas, pendidikan, penerbangan dan penstrukturan semula korporat selama 33 tahun.

“Kami rakan sejak 1972. Kami rakan sekelas di Maktab Tentera Diraja dan bermain ragbi bersama,” kata Ahli Parlimen BN Ketereh itu dan mendedahkan bahawa mereka berdua ada rancangan besar dengan FC Bari 1908.

“Sebelum beliau membuat keputusan membeli kelab itu, beliau memang ada berbincang. Tapi soal rancangan yang bakal dilakukan selepas ini, tunggu pengumuman rasmi,” tambahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori