Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Maut Terperangkap Rumah Terbakar

Johor Bahru - Lelaki berusia 50 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah...

DEIG: Kertas Siasatan Dibuka...

JELEBU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung status...

Nourul Tolak Tawaran Sertai...

PENYANYI, Nourul Depp mengakui telah menerima lamaran daripada pihak produksi The Voice Perancis...

Pemuda Terkejut, Gigi Tertanam...

LONDON – Seorang pemuda berusia 19 tahun terkejut selepas mendapati penyebab tangannya membengkak...

Lepas Geram Buru Si Bedal

MIRI – Selepas operasi mencari sisa tubuh Richard Shutine Tambi, 57, yang dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Nakat, Kabong pada 27 Mac lalu menemui jalan buntu, penduduk kampung bersepakat menggunakan khidmat pawang buaya untuk memburu reptilia yang menyerang mangsa itu.

Penduduk dengan persetujuan keluarga Richard nekad menggunakan khidmat pawang buaya itu sehari selepas kaki mangsa ditemui pada 5 April, manakala kepalanya ditemui keesokannya.

Selepas tiga hari melakukan ritual untuk memerangkap buaya itu, kelmarin dua buaya bersaiz tiga meter timbul di kawasan sungai di kampung itu, manakala seekor lagi ditemui mati di tebing sungai.

Menantu perempuan kepada mangsa, Rossni Kamis, 43, berkata, buaya berkenaan ditemui kira-kira jam 8 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

Menurutnya, apabila ternampak kelibat buaya berkenaan, penduduk kampung terus menangkap buaya berkenaan dan dibawa ke darat untuk diperiksa. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori