• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditusuk Pencangkuk Daging Terima Pampasan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tauranga, New Zealand – Sebuah kilang pemprosesan daging, di sini semalam diarah membayar pampasan NZ$55,000 (RM212,622) kepada seorang pekerja yang cedera selepas mukanya ditusuk pencangkuk daging dua tahun lalu.

Mahkamah daerah Tauranga mengarahkan syarikat Affco New Zealand membayar pampasan kepada Jason Matahiki, 45, kerana gagal mematuhi peraturan keselamatan.

Syarikat berkenaan sebelum ini enggan membayar pampasan kepada Matahiki kerana mendakwa kemalangan pada Ogos 2014 itu berpunca daripada kecuaian lelaki berkenaan.

Matahiki berkata, kejadian itu berlaku ketika dia membersihkan besi pencangkuk daging di kilang berkenaan.

Katanya, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak menyebabkan besi pencangkuk itu menusuk belakang kepalanya sehingga tembus ke pipi.

Lebih mengerikan lagi Matahiki tergantung selama satu jam di besi pencangkuk berkenaan sebelum diselamatkan pasukan paramedik.

Matahiki dibawa ke hospital dalam keadaan parah, tetapi berjaya diselamatkan kerana pencangkuk itu tidak mengenai organ penting.

“Saya tidak berapa mengingati kemalangan itu. Saya hanya ingat datang bekerja dan terjaga ketika berada di hospital,” katanya.

Walaupun kemalangan itu tidak meragut nyawanya, penderitaan dialaminya selepas kejadian itu sukar digambarkan.

“Proses pemulihan saya bagaikan satu jenaka buruk.

“Saya sering mengalami mimpi ngeri, sakit kepala, sukar tidur dan kadangkala sukar makan,” jelasnya.

Menurutnya, dia kecewa dengan bekas majikannya yang dianggapnya tidak berhati perut kerana enggan mengakui kesalahan mereka. – Agensi/myMetro Online

Tags: lelakipampasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd