Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Keluar Lokap, Fahmi Zainol...

Biarpun telah dituduh dengan sembilan dakwaan oleh Lembaga Tatatertib Universiti Malaya (UM), mahasiswa...

Ketua Pemuda PAS Terima...

KUALA LUMPUR - Pada waktu Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff dihentam teruk...

JR Plus: Tambah Nilai...

TEMERLOH - Jalinan Rakyat (JR) Plus yang dilancarkan semalam merupakan satu langkah agresif...

Maria Farida – ‘Artis...

SIAPA sangka pelakon Maria Farida pernah meninggalkan lokasi penggambaran gara-gara tidak tahan menunggu...

KPN Hargai Usaha Penganjur Tukar Tajuk Ceramah Dr. Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghargai usaha penganjur menukar tajuk forum Dr. Zakir Naik yang diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), semalam.

“Forum tersebut berjalan lancar. Saya ucapkan terima kasih kepada penganjur dan Dr. Zakir Naik kerana mendengar arahan polis dan tidak menyentuh apa-apa perkara berkenaan agama lain,” katanya pada sidang media bersempena Perhimpunan Bulanan semua jabatan peringkat Bukit Aman di sini, hari ini

Sebelum ini, Khalid mengarahkan penganjuran forum bertajuk ‘Similarities between Hinduism and Islam’ (Persamaan antara agama Hindu dan Islam) dibatalkan kerana dikhuatiri akan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kemudian memutuskan pendakwah terkenal dari India itu boleh meneruskan ceramah umumnya di Melaka dengan syarat harus menukar tajuk.

Tajuk forum itu kemudian diubah kepada ‘Islam – Problems and Solutions to Humanity’ (Islam – Masalah dan Penyelesaian terhadap Kemanusiaan), dengan lebih 20,000 orang menghadiri ceramah berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori