• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Tunggu Keputusan Kerajaan Mengenai Uber, GrabCar

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menunggu pengumuman kerajaan berhubung perkhidmatan pengangkutan dalam talian Uber dan GrabCar sebelum mengambil sebarang tindakan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata setakat ini belum ada pemandu kereta Uber dan GrabCar yang dikenakan tindakan memandangkan kerajaan masih mengkaji perkhidmatan berkenaan.

“Jadi kena tunggu polisi kerajaan (mengenai Uber dan GrabCar). Kalau perkhidmatan itu dibenarkan, apa kaedahnya,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkhidmatan Uber dan GrabCar selepas sambutan Hari JPJ ke-70 di sini hari ini.

Selasa lepas, kira-kira 300 pemandu teksi meletakkan teksi di bahu jalan sehingga menghalang lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Bintang sebagai bantahan terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui blog NajibRazak.com semalam (Khamis) berkata satu penyelesaian yang adil dan saksama akan diputuskan dalam masa terdekat berhubung isu teksi demi kepentingan pengguna dan penyedia perkhidmatan itu.

Kepentingan kedua-dua pihak itu tetap menjadi pertimbangan utama kerajaan ketika rangka penyelesaian dibincang dan disediakan, kata Perdana Menteri lagi.

Mengenai sambutan ulang tahun ke-70 JPJ hari ini, Ismail berkata majlis sambutan Hari JPJ Ke-70 Peringkat Kebangsaan akan diadakan secara besar besaran di tempat letak kereta Istana Kehakiman di sini, pada 10 April.

Antara aktiviti yang dirancang ialah pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus, perkhidmatan kaunter 1JPJ, perbarisan kontinjen dan demonstrasi pasukan tindakan khas.

Pada majlis hari ini, Ismail melancarkan buku Panduan Pengubahsuaian dan Tip Penjagaan Kenderaan yang akan dijual di kedai koperasi kakitangan JPJ seluruh negara menjelang bulan depan.

Harga buku tersebut akan ditentukan kemudian. – BERNAMA

Tags: JPJTeksi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Penganggur Dipenjara Miliki Batang Besi Perancah Curi

Next Post

Pengganas Nuklear Amat Membimbangkan Dunia – Zahid

Related Posts

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

17/03/2025
0

PASIR PUTEH – Operasi penyamaran akan diteruskan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena...

Op Khas Gempur Teknikal: JPJ Keluar 5,306 Notis Kesalahan Bagi Tempoh 5 Hari

Op Khas Gempur Teknikal: JPJ Keluar 5,306 Notis Kesalahan Bagi Tempoh 5 Hari

29/12/2024
0

Nilai : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 5,306 notis kesalahan terhadap 17,729 kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam yang diperiksa dalam...

Next Post

Pengganas Nuklear Amat Membimbangkan Dunia - Zahid

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd