• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

oleh Mohd Arshad
17/03/2025
dalam Terkini
0
Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Operasi penyamaran akan diteruskan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 dalam memantau gaya pemanduan pemandu bas ekspres.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan dan Operasi), Datuk Jazmanie Shafawi berkata, operasi itu akan dilakukan bermula 24 Mac hingga 8 April ini.

“Penyamaran itu turut melibatkan pemeriksaan di depo dan terminal bas.

“Ia bertujuan memastikan pematuhan terhadap undang-undang oleh pengendali perkhidmatan berada pada tahap terbaik,” katanya dalam sidang akhbar semasa sesi libat urus Operasi Khas HRA 2025 JPJ Kelantan di Stesen Penguat Kuasa Bukit Jawa di sini pada Isnin.

Hadir sama ialah Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah.

Menurut beliau, penyamaran yang dilakukan sebelum ini terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar pelanggaran kesalahan melibatkan pengangkutan awam.

Pada masa sama, beliau berkata, pemeriksaan secara mengejut ke atas pemandu bas ekspres akan turut dijalankan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengesan penyalahgunaan bahan terlarang.

Tambahnya, JPJ juga akan membuat semakan rekod untuk memastikan pemandu bebas daripada kesalahan lalu lintas.

“Apa yang kita lakukan ini supaya pengendali perkhidmatan tahu kehadiran JPJ dalam menguatkuasakan peraturan,” katanya.

SinarHarian-

Tags: JPJoperasi penyamaran
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd