• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Khas Gempur Teknikal: JPJ Keluar 5,306 Notis Kesalahan Bagi Tempoh 5 Hari

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Op Khas Gempur Teknikal: JPJ Keluar 5,306 Notis Kesalahan Bagi Tempoh 5 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Nilai : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 5,306 notis kesalahan terhadap 17,729 kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam yang diperiksa dalam tempoh lima hari Operasi Khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara yang bermula 25 Disember lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, berkata dalam operasi itu sebanyak 16 kenderaan disita membabitkan 15 kenderaan perdagangan dan satu kenderaan perkhidmatan awam.

Katanya, operasi khas yang diadakan sempena sambutan perayaan Krismas, JPJ telah menggerakkan lebih 1,500 anggota yang menumpukan penguatkuasaan terhadap kesalahan kenderaan perdagangan.

“Operasi ini memberi tumpuan kepada kesalahan lebih muatan, teknikal, dokumentasi dan lalu lintas serta teknikal pembuatan dan penggunaan kenderaan.

“Sebanyak 17,729 kenderaan diperiksa membabitkan kenderaan perdagangan sebanyak 15,770 dan kenderaan perkhidmatan awam (1,959).

“Sebanyak 1,787 kenderaan dikenakan tindakan manakala sebanyak 578 pemilik kenderaan diberikan slip pemeriksaan babitkan 544 (perdagangan) dan awam (34),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai Operasi Khas Gempur Teknikal di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Arah Selatan, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhmmad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf.

Mengulas lanjut, Jana Santhiran berkata pihaknya memandang serius siri kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya yang membabitkan kenderaan perdagangan.

“Justeru, tindakan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di seluruh negara.

“Bagi memastikan pemantauan lebih agresif dan proaktif dapat dilakukan, JPJ akan mengekalkan jumlah keanggotaan 1,500 orang dalam setiap operasi khas ini termasuk ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Aidilfitri akan datang,” katanya.

-Harian Metro

Tags: JPJOp Khas Gempur Teknikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd