• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penganggur Dipenjara Miliki Batang Besi Perancah Curi

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara memiliki batang besi perancah curi, dua orang penganggur masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhi hukuman itu terhadap Sham Khan Sidek Khan, 40, dan Mohamad Razak Ismail Din, 29, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 64 batang besi perancah curi milik Syarikat LAL Engineering Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu semalam (31 Mac).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir Abu Sahid Mohamad Development, Cheras, di sini pada 10.30 pagi semalam, mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, Sham Khan memohon mahkamah menjatuhi hukuman denda kerana ini merupakan kesalahan pertamanya manakala Mohamad Razak memohon hukumanringan kerana dia mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Tags: Kes CuriPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd