Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

‘Kereta Terbang’ Sejenis Dron,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan kereta terbang yang diuar-uarkan...

Penerjun 13 Tahun Kejutkan...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg tetap berpuas hati walaupun...

Pengawal Peribadi Bunuh Majikan...

GEORGETOWN - Seorang pengawal peribadi dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Syed Saddiq, Armada Bersatu...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu...

Jerebu: PM Nasihat Orang Ramai Berjaga-Jaga

KUALA LUMPUR – Susulan keadaan jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan pada masa ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar.

“Saya lihat jerebu telah kembali di beberapa kawasan. Saya harap semua berjaga-jaga, terutama yang bekerja atau selalu berada di luar. Pakai topeng muka dan sebagainya.

“Kegiatan fizikal di luar juga terutama untuk warga emas dan anak-anak, wajar dikurangkan sekiranya kawasan sekitar mengalami jerebu teruk,” kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, Pelabuhan Klang, Selangor dan Miri, Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 11 pagi ini dengan bacaan masing-masing 105 dan 146.


Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jerebu yang melanda Lembah Klang sejak Rabu berpunca daripada asap kebakaran di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Langat dan Sepang, Selangor.

Katanya keadaan itu diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering, sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori