• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: 83 Sekolah Ditutup Di Sabah Hari Ini & Esok

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPARULI – Enam lagi sekolah rendah dan menengah di Sabah ditutup hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang ditutup bertambah kepada 83 sekolah berbanding 77 sekolah yang diumumkan sebelum ini.

Pemangku Pengarah Pendidikan Sabah Maimunah Suhaibul berkata keseluruhan 83 sekolah yang terletak di daerah Beaufort, Papar, dan Kuala Penyu itu juga akan ditutup esok.

“Jumlah itu melibatkan 53 sekolah di daerah Beaufort, Papar (16) dan Kuala Penyu (14) dengan seramai 22,782 pelajar terjejas akibat tahap jerebu tidak sihat yang melanda daerah itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kem Membaca 1Malaysia 2016 peringkat negeri Sabah di sini Isnin.

Maimunah berkata jika ada sekolah lain di tiga daerah terbabit, yang turut terjejas akibat jerebu, pihak atasan sekolah boleh mengambil keputusan untuk menutup sekolah dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri.

Katanya, berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga daerah terbabit adalah tinggi pada jam 6 pagi tadi iaitu 223.

“Kami akan terus membuat pemantauan jerebu, dan jika, esok bacaan IPU menurun (di tiga daerah terbabit), kemungkinan sekolah dibuka semula pada keesokan harinya (6 April). Kita berharap (jerebu) tidak berpanjang kerana ia akan mengganggu sesi pembelajaran,” katanya.

Maimunah berkata buat masa ini belum ada sekolah di kawasan Kota Kinabalu ditutup berikutan jerebu yang masih berada pada tahap sederhana.

Bagaimanapun, katanya, jika ada pelajar yang menghidapi penyakit asma akibat jerebu, pihak sekolah diminta menghantar pelajar itu ke hospital atau klinik berdekatan dan menghubungi ibu bapa untuk mengambil mereka di sekolah. – BERNAMA

Tags: JerebuSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd