• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Kembali Ke Puncak Liga Super

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menerajui kedudukan teratas selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perak 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam Semalam.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengumpul 16 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Pada aksi di Larkin, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pembukaan pemain import pelawat, Elias Fernandes Oliviera pada minit ke-17 sebelum penyerang dari Argentina, Juan Martin Lucero menjaringkan dua gol untuk JDT iaitu menerusi sepakan penalti minit ke-47 dan gol padang, selang lima minit kemudian.

Selangor pula kekal di tangga ketiga liga selepas seri 2-2 dengan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini.

Dua gol skuad Gergasi Merah dijaringkan R.Gopinathan pada minit ke-30 dan Patrick Ronaldinho Wleh, selang seminit kemudian manakala gol Kedah dihasilkan Mohd Syazwan Zainon pada minit ketujuh dan Sandro da Silva pada minit ke-67.

Terengganu FC II kembali meraih kemenangan selepas mengalahkan Kelantan 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol skuad ‘The Titans’ dijaringkan Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-19 dan 71, Patrick Dos Santos Cruz (m38) dan Makan Konate (m47) manakala dua gol Kelantan diperoleh menerusi gol sendiri Mohd Kamal Azizi Mohd Zabri (m27) dan Baze Ilijoski (m39).

Dalam pada itu, jaringan J.Partiban pada masa kecederaan babak kedua menyaksikan Sarawak meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan Matias Cordoba meletakkan skuad Harimau Kumbang di hadapan pada minit ke-26 sebelum Gilmar Jose da Silva menyamakan kedudukan untuk Sarawak pada minit ke-58.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang FC yang dilatih bekas jurulatih skuad Harimau Muda, Mohd Razip Ismail terus dirundung malang selepas tewas 0-2 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dua jaringan skuad Sang Saka Biru dijaringkan pemain antarabangsa Singapura, Mohd Safuwan Baharudin pada minit ke-38 dan sepakan penalti Ali Ashfaq pada minit ke-75. – BERNAMA

Tags: JDTLiga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd