• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Politikkan AES, Kata Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
17/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pelaksanaan sistem AES bukan satu tindakan menghukum sebaliknya ia merupakan langkah pencegahan memandangkan jumlah kemalangan termasuk kemalangan maut di negara ini amat membimbangkan.

“Budaya dan sikap serta kaedah pemanduan perlu diubah kalau kita (pengguna) jalan raya tidak mahu dikenakan tindakan.

“Saya tahu ia akan mengundang pelbagai persepsi, tapi pelaksanaan sistem ini telah lama ditangguhkan, jumlah denda juga dikurangkan daripada RM300 kepada RM150 walaupun ada yang anggap membebankan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ‘Expo Outreach Dana Bumiputera @ Perak anjuran Pemuda UMNO Malaysia di sini hari ini.

Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebanyak 1,200 lagi kamera AES akan dipasang di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara bagi merakam gambar kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya.

Menurut Khalid dengan langkah itu, para pemandu di negara ini akan dapat dididik mematuhi undang-undang.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata pemasangan kamera AES akan dibuat oleh anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang dilantik, manakala Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia bertanggungjawab melaksanakan pemantauannya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kemalangan Jalan Raya berharap Kementerian Pengangkutan dapat memperhebat kempen bagi menjelaskan mengenai AES seterusnya mendidik orang ramai menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

Setiap tahun purata 445,000 kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia dan daripada jumlah itu kira-kira 6,500 kes berakhir dengan kematian, katanya. – BERNAMA

Tags: AESKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd