• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,262 Kes Demam Denggi, 1 Kematian Dicatat Di Klang – MPK

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sebanyak 3,262 kes demam denggi dengan satu kematian dicatatkan di daerah ini untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Menyedari betapa tingginya jumlah berkenaan, Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mengadakan operasi cegah denggi di Taman Klang Utama yang merupakan antara kawasan merekodkan jumlah kes demam denggi yang tinggi.

Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Azmi Muji berkata, sebanyak 26 kes demam denggi direkodkan di taman perumahan berkenaan bagi tempoh awal tahun ini sehingga Isnin lepas.

“Oleh itu kami mengadakan operasi cegah denggi di sini untuk mengelakkan daripada tempat ini terus menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi itu di sini, hari ini.

Katanya dalam operasi selama empat jam bermula pukul 8 pagi itu, pihaknya memeriksa empat kawasan yang disyaki menjadi tumpuan pembiakan nyamuk Aedes, antaranya tapak projek perumahan terbengkalai, kebun kecil, rumah dan tapak pembuangan sampah haram.

“Dalam operasi hari ini sebanyak tiga notis dikeluarkan kerana premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Mengikut notis ini pemilik premis diberi tempoh selama tujuh hari untuk membersihkan premis masing-masing bagi mengelakkan daripada dikenakan kompaun,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam denggiMPK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Billboard LED MPK Digodam, Papar Tayangan 18SX

Billboard LED MPK Digodam, Papar Tayangan 18SX

30/10/2026
0

KLUANG - Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengesahkan sistem paparan LED miliknya telah digodam susulan penularan rakaman di media sosial yang...

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd