• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Billboard LED MPK Digodam, Papar Tayangan 18SX

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Billboard LED MPK Digodam, Papar Tayangan 18SX
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengesahkan sistem paparan LED miliknya telah digodam susulan penularan rakaman di media sosial yang menunjukkan sebuah papan iklan digital di daerah itu memaparkan tayangan berunsur lucah atau 18SX.

Menerusi kenyataan rasmi bertarikh 29 Oktober 2026, MPK memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dengan kerjasama vendor bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Menurut MPK, langkah pemulihan turut dilaksanakan selain usaha memperkukuh tahap keselamatan sistem bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Majlis Perbandaran Kluang ingin memaklumkan bahawa sistem paparan LED milik MPK telah mengalami insiden pencerobohan siber (penggodaman),” menurut kenyataan itu.

MPK turut memohon maaf atas segala kesulitan dan kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat Kluang susulan insiden berkenaan.

Dalam masa sama, pihak berkuasa tempatan itu menegaskan bahawa kejadian tersebut dipandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang bertanggungjawab.

MPK juga memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan serta memburukkan nama baik dan imej majlis berkenaan.

Terdahulu, rakaman sebuah papan paparan LED di Kluang yang didakwa menayangkan kandungan 18SX tular di media sosial sehingga mencetuskan perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, identiti pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden penggodaman itu belum dikenal pasti dalam kenyataan berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: 18SXbillboarddigodamLEDlucahMPKPapar Tayangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

25/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti aduan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd