• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

oleh Mohd Arshad
18/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin, berkata kes denggi di Kelantan menyaksikan peningkatan 8.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 1,892 kes.

“Kejadian wabak denggi yang dilaporkan sehingga 7 September adalah 129 wabak, berbanding 150 wabak bagi tempoh sama tahun lalu.

“Daripada 129 wabak yang dilaporkan, 96 sudah tamat, manakala 33 wabak masih aktif. Pada tahun ini, tujuh lokaliti wabak hospot berlaku dengan dua wabak masih aktif.

“Wabak hotspot adalah tempoh wabak yang melebihi 30 hari,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan sudah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan untuk semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Katanya, aktiviti kawalan vektor yang dijalankan ialah pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan.

“Sehingga 7 September, 365,741 premis diperiksa tempat pembiakan aedes dan 1,732 kompaun dengan nilai RM866,000 sudah dikeluarkan kepada pemilik premis yang dijumpai terdapat pembiakan Aedes di dalam premis mereka.

“Pengkompaunan dibuat mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975,” katanya.

-Harian Metro

Tags: demam denggiKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd