• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Smule, Aplikasi Karaoke ‘Duet’ Yang Semakin Digilai Ramai

oleh AK-47
dalam Gajet, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENYANYI sememangnya sudah menjadi salah satu perkara yang dilakukan ramai orang untuk mengurangkan tekanan atau stres.

Biarpun suara anda mungkin tidak semerdu Yunalis Zarai, setiap teriak vokal yang dilontarkan mampu membuatkan anda lupa segala urusan dunia buat seketika waktu.

Tak hairanlah, sebuah aplikasi kini jadi kegilaan penggemar karaoke di seluruh dunia.

Sing! Karaoke merupakan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pengguna android atau ios berkaraoke bersama artis kegemaran atau sesiapa sahaja.

smule-group-main

smule5

Aplikasi daripada Smule ini memerlukan pengguna menggunakan kemera di bahagian depan bagi melakukan rakaman video kendiri untuk berduet mendendangkan lagu bersama artis atau individu yang dipilih.

Lirik lagu akan dipaparkan pada layar peranti dan untuk kepuasan lebih maksima, pengguna dinasihat menggunakan plug telinga agar segala melodi sewaktu mendendangkan lagu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Apa yang menarik, aksi yang ditonjolkan oleh artis-artis dalam aplikasi ini seakan ‘live’ sehingga membuat pengguna merasai pengalaman seolah-olah memang sedang menyanyi secara bersemuka dengan idola kegemaran mereka.

Antara barisan artis antarabangsa yang sering menjadi tumpuan peminat dalam aplikasi ini adalah Jessie J, Ariana Grande, David Guetta dan Charlie Puth di mana pada tahun lepas, Jessie J telah mencipta rekod apabila rakaman aksi duetnya dengan seorang peminat menjadi viral sehingga menerima 16 juta tontonan di saluran Youtube.

Jessie J turut menerima pelbagai perhargaan daripada peminat kerana dia merupakan antara artis paling ‘mesra’ sewaktu mengadakan sesi duet dalam aplikasi maya tersebut. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: aplikasitrending
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd