• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia X Sasar Tingkat Kapasiti Operasi Sehingga 15 Peratus Tahun Ini

oleh
20/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, AirAsia X (AAX), menyasar untuk meningkatkan kapasiti operasi sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus tahun ini, dipacu oleh penambahan kekerapan penerbangan ke Australia serta pengenalan destinasi baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata destinasi baharu berkenaan akan diperkenalkan tahun ini sebagai tambahan kepada destinasi yang baru dilancarkan, Auckland.

“Dua daripada destinasi baharu berkenaan adalah di China,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pakej perjalanan ‘Niseko Super Summer Saver’ di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan destinasi baharu yang lain.

Benyamin berkata syarikat penerbangan itu juga menyasar untuk kembali mencatatkan untung tahun ini berikutan keputusan kewangan yang menguntungkan bermula suku keempat tahun lepas.

“Hasil meningkat. Saya amat gembira syarikat menunjukkan prestasi yang agak baik. (Pada) suku keempat, syarikat kembali mencatatkan keuntungan dan saya harap atas dasar tahunan juga. Kami perlu memastikannya konsisten,” katanya.

Beliau berkata faktor muatan AAX berada pada purata 83 peratus dan syarikat penerbangan menyasar untuk mengekalkannya berikutan penyerahan dua pesawat baharu pada Mei dan Jun.

Bagi destinasi Hawaii, beliau berkata syarikat penerbangan masih berusaha mendapatkan kebenaran daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS.

“Kami sedang berusaha…tetapi jika Hawaii berjaya, penerbangan hanya pada akhir tahun untuk musim sejuk,” katanya.

Mengenai langkah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menaikkan caj, beliau berkata kenaikan dalam yuran memberi kesan minimum kepada AAX.

“Caj DCA itu dengan caj yang disemak semula dan impaknya akan minimum. Pada dasarnya, perlulah mencari hasil bukan aeronautikal lain bagi mengatasi kesan tersebut,” katanya.

niseko-my-ecolodge-33
My Ecolodge yang dibuka di Niseko, Hokaiddo.

Sementara itu, mengenai ‘Niseko Super Summer Saver’, beliau berkata pakej perjalanan termasuk semua itu akan menyediakan peluang bagi lebih ramai rakyat Malaysia bercuti di Niseko, Hokkaido, Jepun pada harga yang berpatutan.

Pengerusi AAX Tan Sri Rafidah Aziz berkata pengenalan pakej perjalanan itu adalah bersempena dengan peningkatan kekerapan penerbangan kepada lima kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo, Hokkaido bermula Jumaat ini.

Beliau berkata AAX juga berharap untuk dapat meningkatkan kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sapporo kepada penerbangan harian menjelang Disember.

Pakej perjalanan hasil perkongsian dengan penginapan butik, My Ecolodge, itu adalah bagi pakej kumpulan khas dengan minimum 10 orang satu kumpulan pada harga antara RM3,900 dan RM4,800 seorang termasuk penerbangan pergi balik (Kuala Lumpur-Sapporo) untuk empat atau lima malam.

My Ecolodge diuruskan oleh Fairlane Hospitality, cabang hospitaliti Low Yat Group. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

25/06/2026
0

SEGAMAT - UMNO Bahagian Segamat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkaitan proses...

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd