• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legoland Malaysia Unjur Jumlah Pengunjung Meningkat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Legoland pertama di Asia, Legoland Malaysia Resort, menjangka jumlah pengunjung akan melebihi tahun lepas, kata Pengarah Jualan dan Pemasaran, Thila Munusamy.

Beliau berkata taman tema keluarga itu telah merancang pelbagai aktiviti menarik dengan perkongsian bersama LEGO Group.

“Banyak perkara yang kami lakukan, seperti mengadakan tarikan inovatif untuk menggalakkan pengunjung domestik dan antarabangsa untuk datang lagi,” katanya pada sidang akhbar mengenai program ‘Master Your Force This May’ di sini hari ini.

Beliau berkata Legoland Malaysia juga akan mengadakan pertandingan untuk menarik pengunjung serantau bukan sahaja untuk melawat taman tema berkenaan tetapi juga Malaysia.

Sepanjang Mei 2016, peminat Star Wars dan LEGO di seluruh dunia akan dapat melihat pelbagai perkara berkaitan Star Wars di Legoland Malaysia, yang terletak di Iskandar Puteri, Johor.

“Peminat juga boleh mengambil bahagian dalam acara-acara bertemakan Star Wars, seperti Master Builder of the Millennium Falcon di mana pasukan LEGO Master Builder akan membina kapal angkasa ikonik menggunakan lebih 200,000 bongkah blok,” katanya.

Terdapat juga pertandingan seperti ‘Build Your Own Dream LEGO Star Wars Starship’, bermula 21 April hingga 8 Mei, yang akan dijalankan melalui media sosial di mana para peserta perlu memuat naik gambar kapal Star Wars Lego mereka di laman Facebook Legoland Malaysia Resorts, katanya.

Beliau berkata di bawah peraduan semasa ‘My Own Creation’, 99 pemenang akan mempamerkan ciptaan adegan Star Wars mereka dengan LEGO di taman sehingga 31
Mei.

Sementara itu, beliau berkata, Legoland Malaysia Resort yakin kenaikan bayaran fi oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) baru-baru ini tidak akan memberi kesan kepada jumlah pengunjung yang datang ke taman tema tahun ini.

Beliau berkata kebanyakan pengunjung Legoland biasanya dari Malaysia, Singapura dan negara-negara ASEAN lain serta Hong Kong dan Taiwan.- BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd