• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20,000 Pengawal Keselamatan Disasar Jalani CSG Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan seramai 20,000 orang pengawal keselamatan menjalani program latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat berkata sehingga kini program latihan yang dibangunkan menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu telah melatih 30,364 pengawal keselamatan sejak dimulakan April 2014.

Beliau berkata program yang diwajibkan ke atas semua pengawal keselamatan tempatan itu menyediakan latihan yang lebih teratur, berpusat, dan memberi pengiktirafan kepada pengawal keselamatan.

“KDN amat mengambil berat dan memberi perhatian serius kepada perkembangan industri perkhidmatan kawalan keselamatan dalam negara,” katanya semasa merasmikan sesi Taklimat dan Dialog CSG di Dewan Majma, Kompleks Islam Sarawak di sini hari ini.

Katanya sejak kebelakangan ini muncul berbagai isu yang memberikan gambaran negatif terhadap industri kawalan keselamatan dalam negara, antaranya seperti penggunaan tenaga kerja asing secara tidak sah, tiada tapisan rapi semasa pengambilan tenaga kerja selain pengawal tidak berkualiti.

Masir berkata KDN melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kegiatan penggajian pengawal keselamatan warga asing secara tidak sah, di samping mengesan syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang menyalahi Akta Agensi Persendirian 1971 serta akta-akta lain atau pekeliling yang berkaitan, untuk diambil tindakan.

Menurutnya sejak 2013, KDN membatalkan lesen 37 syarikat kawalan keselamatan, manakala 44 syarikat lagi menerima amaran terakhir ekoran pelbagai kesalahan berkaitan akta dan pekeliling berkenaan.

Beliau berkata bagi tujuan meningkatkan lagi mutu tadbir urus syarikat kawalan keselamatan, tahun ini semua syarikat berkenaan diwajibkan menghantar kumpulan pengurusan kanan syarikat peringkat operasi, sumber manusia, dan pengurusan; untuk menjalani kursus pengurusan syarikat kawalan keselamatan sebagai satu syarat tetap dalam memperbaharui lesen agensi persendirian untuk tahun 2017. – BERNAMA

Tags: latihanpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd