• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Agenda Pihak Terlibat ‘Deklarasi Mahathir’

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Rakyat diminta berwaspada dengan agenda pihak yang terlibat dengan ‘Deklarasi Mahathir’ terutama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong.

Timbalan Presiden MCA itu berkata pada suatu ketika kedua-dua pemimpin itu begitu berdendam antara satu sama lain tetapi sekarang semuanya dilupakan hingga pelbagai pihak keliru dan hairan apakah percaturan politik yang cuba dimainkan.

“Saya rasa mereka punya satu matlamat sahaja iaitu menjatuhkan kerajaan.

“Kita sepatutnya tumpukan kepada soal macam mana nak menambah pendapatan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Melaka Machap Baru Food and Cultural Night’ di Machap Walk, di sini malam ini.

Beliau mengulas tentang tindakan Lim dan DAP bekerjasama dengan Dr Mahathir untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Wee berkata MCA akan tetap berdiri teguh di belakang Najib dan menyokong Barisan Nasional terus meneraju negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kampung Machap Baru di sini dilihat akan menjadi satu tarikan pelancongan di negeri Melaka dengan pembukaan Machap Walk yang menempatkan 146 peniaga Melayu, India dan Cina.

Beliau berkata kampung yang berusia 60 tahun itu bukan sahaja akan menjadi pusat ekonomi penduduk setempat tetapi juga mampu meningkatkan industri pelancongan di Melaka. – BERNAMA

Tags: Deklarasi Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Tandatangan Deklarasi Rakyat Gugat Keamanan Negara

02/06/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat oleh seorang pesara tentera harini berikutan isu pemalsuan nama dan kegiatan jual beli data...

Deklarasi Mahathir: Polis Akan Panggil Azharuddin

31/05/2016
0

KUALA TERENGGANU - Polis akan memanggil pengatur cara komputer Azharuddin Othman, 30, yang dipercayai terlibat menjual maklumat pangkalan data penduduk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd