• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemalsuan Tandatangan Deklarasi Rakyat Gugat Keamanan Negara

oleh AK-47
02/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat oleh seorang pesara tentera harini berikutan isu pemalsuan nama dan kegiatan jual beli data rakyat di dalam dokumen Deklarasi Rakyat yang mana menurutnya bakal mengugat keamaan yang telah dikecapi negara.

Othman Abdul Majid, 65, yang pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengatakan dia tidak mewakili mana-mana pihak dan bertindak demikian atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

tentera2

“Saya masih mengingati bagaimana peritnya masyarakat di zaman darurat dahulu, jadi saya tak rela negara Malaysia ini digangu dan digugut oleh pihak-pihak yang mahu mengucar-kacirkan keamanan yang dikecapi sekarang,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Menurut Othman, dia berasa terpanggil untuk membuat laporan setelah membaca satu artikel di portal Malaysiakini berkenaan pemalsuan nama dan dakwaan berhubung penjualan pangkalan data dalam dokumen itu.

“Saya mengharapkan pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan kiranya kalau benar apa yang didakwa oleh Malaysiakini dan individu-individu yang berkenaan, jadi saya mintak polis untuk menyiasat, itu sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, pengatur cara bebas komputer Azharuddin Othman mendakwa dirinya menjual kira-kira 900,000 nama daripada pangkalan data untuk digunakan bagi mengisi Deklarasi Rakyat.

Beliau mendakwa menyalurkannya melalui Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali juga sebagai Ratu Naga, namun Ema menafikannya dengan bersumpah atas nama Allah dan menjunjung al-Quran.

“Saya memohon siasatan dijalankan oleh pihak polis terhadap tandatangan yang dipalsukan oleh Azharudin dan Ratu Naga atau individu lain terhadap rakyat Malaysia yang disenaraikan dalam deklarasi rakyat.

“Yang kedua, pencurian data yang disenaraikan dalam deklarasi rakyat dan siasat dalang yang terlibat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah,” katanya lagi.

Polis pada 30 Mei lalu berkata akan memanggil Azharuddin untuk soal siasat. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Deklarasi RakyatMahathir MohamadMalaysiaTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

25/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama politik, perundangan dan keselamatan serantau bagi memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang...

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan rundingan perjanjian perdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd