Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Thana Nak Menang Emas,...

PENYERANG bola sepak skuad bawah 22 tahun (B-22), N. Thabalan kini menempa nama...

157 Mangsa Banjir Kilat...

ALOR SETAR - Hujan lebat berterusan sejak petang semalam memaksa seramai 127 penduduk...

MBMB Rampas 197 Unit...

MELAKA - Sebanyak 197 unit komputer dirampas dalam serbuan di premis kafe siber...

Tun M Positif Covid-19,...

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 97, disahkan positif...

‘Ustaz Kasanova’ Dipenjara 5 Bulan, Denda RM4,000

KUALA LUMPUR – Lelaki yang digelar ‘Ustaz Kasanova’ dipenjara lima bulan dan didenda RM4,000 hari ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini kerana cuba berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran melibatkan empat wanita.

Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Razis Ismail, 34, dan memerintahkannya dipenjara lima bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda itu.

Mohd Razis didakwa atas tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita lain berumur 24, 35, dan 30 tahun, dan dua pertuduhan lagi iaitu bernikah dengan wanita sama berumur 24 dan seorang 40 tahun tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 dan penjara sebulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Mohd Saifullah memerintahkan Mohd Razis menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara 12 bulan dan enam kali sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 7 Mac lalu kerana melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita sehingga melahirkan anak.

Bagi tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita itu, dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kedah; Golok, Thailand, dan di sebuah flat di Jalan Loke Yew di sini antara 4 April 2010 dan 26 Ogos 2012 mengikut Seksyen 133 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagi dua pertuduhan lagi, dia didakwa bernikah dengan wanita berumur 24 dan 40 tahun itu tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah mengikut Seksyen 40(2) akta yang sama, pada 4 April 2010 dan 26 Mei 2012.


Terdahulu, dalam penghakimannya, Mohd Saifullah berkata mahkamah berpandangan bahawa pengakuan dan segala fakta mengenai pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh sudah memadai dan mencukupi untuk mensabit dan menjatuhkan hukuman tersebut.

Katanya, mahkamah melihat tertuduh dalam keadaan sedar dan mempunyai niat melakukan kesalahan tersebut seolah-olah mencabar undang-undang yang diperuntukkan demi mencapai kepentingan peribadinya.

“Mahkamah berpendapat tertuduh gagal mengemukakan dokumen lain bagi menyokong rayuannya supaya dikenakan hukuman denda sahaja dan perlu menyara lapan anak,”kata hakim.

Mahkamah sebelum ini memutuskan perkahwinan mereka adalah tidak sah namun tertuduh masih melakukan perkara sama sehingga wanita-wanita tersebut melahirkan anak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori