• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Serah Zakat Perniagaan RM1.96 Juta Kepada PZNS

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.96 juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).

Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 4.27 peratus daripada RM1.88 juta yang dibayar tahun lepas.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menerima serahan zakat itu daripada Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Johan Abdullah yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, di Istana Hinggap di sini.

Majlis disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Johan berkata TH merupakan institusi penyumbang tertinggi zakat perniagaan di Malaysia dan bagi tahun lepas sebanyak RM59.3 juta pembayaran zakat dibuat berbanding RM57 juta pada 2014, sejajar dengan kedudukan kewangan TH yang kukuh.

“Sebagai sebuah institusi Islam unggul negara dalam melestarikan ekonomi dan menjamin kepentingan ummah khususnya golongan asnaf, TH prihatin dan bertanggungjawab memastikan pembayaran zakat perniagaan dilaksanakan seperti disyariatkan Islam.

“Pembayaran zakat ini juga dapat memastikan simpanan pendeposit adalah bersih,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Sementara itu, Pengurus Besar PZNS, Nor Azmi Musa berkata pihaknya telah mengutip zakat harta sebanyak RM90.1 juta pada tahun lepas berbanding RM84 juta pada 2014.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 7.30 peratus atau meningkat sebanyak RM6.1 juta. Ia melebihi sasaran RM80 juta yang ditetapkan.

“Jumlah pembayar zakat juga menunjukkan peningkatan pada tahun lepas iaitu seramai 57,996 orang berbanding 55,429 pada tahun sebelumnya.

“Kutipan zakat fitrah pula adalah sebanyak RM4.27 juta dengan jumlah pembayar 657,742 orang berbanding RM4.18 juta dengan jumlah pembayar 644,530 orang sebelum ini.

“Ia menjadikan jumlah kutipan zakat harta dan fitrah di Negeri Sembilan sebanyak RM94.42 juta,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tabung HajiZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd