• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran 30% Wanita Pegang Jawatan Penggubal Dasar Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Pengarah Wanita yang diperkenalkan pada 2012 berjaya melatih 960 wanita dalam pelbagai bidang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata mereka yang terlatih berusia 30 tahun ke atas kini bersedia untuk ditempatkan di mana-mana syarikat awam dan swasta bagi mengisi jawatan penggubal dasar.

“Pengisian jawatan itu di sektor swasta masih dalam lingkungan 16 hingga 17 peratus. Program Pengarah Wanita sangat membantu bagi mengisi jawatan tersebut,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV membincangkan topik “Semai Semangat Sukarelawan” di sini hari ini.

Mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat lebih banyak wanita memegang jawatan menggubal dasar dan membuat keputusan di sektor swasta, Rohani berkata pihaknya menyasarkan penyertaan 30 peratus golongan wanita memegang jawatan itu.

Perdana Menteri menerusi catatan dalam blog beliau, www.najibrazak.com mahu syarikat senaraian awam mengambil ramai wanita bagi jawatan menggubal dasar dan membuat keputusan kerana pada masa kini hanya 15.6 peratus wanita memegang jawatan itu.

Rohani berkata sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016 bertemakan Kesaksamaan Gender menjadi platform terbaik meraikan pencapaian golongan wanita dalam pelbagai sektor merangkumi sosial, ekonomi dan politik.

Beliau yang dilantik sebagai Presiden Majlis Antara Kerajaan Bagi Pengurusan Transformasi Sosial UNESCO di Paris tahun lepas berkata sambutan Hari Wanita Antarabangsa membawa pengertian tersendiri kepada golongan wanita selain membentuk suatu pengiktirafan membanggakan.

Menurut Rohani, pemilihan tema kali ini bertepatan dengan objektif kementerian dalam memperjuangkan hak serta kepentingan wanita sekaligus mengelak diskriminasi dan eksploitasi terhadap golongan itu. – BERNAMA

Tags: JawatanWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming mempertahankan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching susulan kontroversi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd