• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Puas Bermanja, Ramona Zamzam Belum Sedia Timang Anak

oleh AK-47
24/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Ramona Zamzam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26 dan suami masih belum bersedia untuk menerima cahaya mata dalam masa terdekat.

Ramona, 26, dan suami Rami Alashkar, 27, yang bakal meraikan ulang tahun pertama perkahwinan pada 1 Mei depan berkata, mereka masih mahu meluangkan masa bersama-sama memandangkan sebelum ini sibuk dengan komitmen masing-masing.

Menurut pelakon drama bersiri Anakku Diva ini kepada sebuah portal hiburan, walaupun usia perkahwinannya sudah hampir setahun tetapi dia berasakan seolah-olah baharu di alam percintaan dan masih banyak yang ingin dia kenali tentang suaminya.

“Alhamdulillah selepas berkahwin Ramona seronok. Rasa masih dalam musim percintaan walaupun sudah hampir setahun kahwin. Rasa belum puas bercinta dengan suami dan masih banyak yang Ramona ingin tahu tentang dia.

“Kami masih dalam proses saling mengenali dan Ramona masih mahu bermanja-manja dengannya, mahu dia berikan sepenuh perhatian. Bila ada waktu terluang Ramona mahu keluar berdua-duaan,” katanya.

Menurut Ramona suami menghormati kehendaknya untuk tidak mempunyai anak dalam masa terdekat namun tidak menolak seandainya mereka dikurniakan anak lebih awal dari masa yang di rancangkan iaitu selepas dua tahun.

“Suami memahami dan tidak mempunyai isu tentang perkara ini. Mungkin selepas dua tahun usia perkahwinan, kami akan mula merancang untuk dapatkan anak.

“Bagaimanapun jika sebelum tempoh itu sampai saya didapati hamil, kami tidak akan menolak. Itu rezeki daripada Allah,” ujar Ramona.

12568877_1651684281747327_141718604_n

Pemenang keempat pertandingan Dewi Remaja seangkatan dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir ini memberitahu, dia merancang untuk berbulan madu kali kedua di Eropah dan tiket penerbangan ke Switzerland sudah pun dibeli.

Semoga pasangan ini bergembira ketika berbulan madu dan sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=GeCK7iDedNY]

Tags: anakbulan maduDewi Remajaramona zamzamRumi Alashkar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd