• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelik Rakyat Selangor Tidak Mahu Rumah Kos Rendah – Exco

oleh
02/04/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIAR betul ini sudah pelik bin ajaib… Ketika ramai penduduk khasnya golongan muda mengeluh tidak mampu beli rumah sebab faktor harga terlalu mahal, kerajaan Selangor pula memberi alasan paling lawak dalam sejarah.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di Shah Alam pada Khamis, salah seorang Exco bagi alasan kerajaan negeri terpaksa tolak projek pembinaan rumah kos rendah kerana tiada permintaan daripada rakyatnya sendiri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan, dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad memberitahu, ia antara punca kerajaan negeri menolak cadangan pihak pemaju swasta untuk membina rumah murah di negeri ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor ini, kerajaan negeri ada menerima banyak cadangan pemaju, namun terpaksa menolak atas permintaan penduduk sendiri yang mahu rumah kos sederhana dan bukannya rumah kos rendah.

“Ada cadangan daripada pemaju untuk membina pangsapuri, contoh di Ijok. Ada satu kes di mana kita kena tolak kerana tidak boleh buat, hendak jual rumah strata, kita minta pemaju buat rumah bandar ataupun rumah teres.

“Memang mereka akan bawa kepada kita dan cadangkan terlebih dulu. Malah kita akan tolak cadangan pembinaan rumah kos rendah kerana di sesuatu kawasan itu tidak akan ada permintaan, jadi untuk itu memang ada kajian.

rumah3

“Sebab penolakan itu bukan berdasarkan strategik ataupun tidak strategik, tetapi oleh kerana pemohon tersebut yang tidak strategik,” dakwa Iskandar selepas menjawab soalan lisan daripada ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Dalam pada itu, beliau yang juga ADUN Cempaka menjelaskan, 35 peratus pemohon rumah bertindak menolak penawaran Rumah Selangorku yang disediakan oleh kerajaan negeri atas faktor lokaliti rumah tidak strategik.

“Apabila kita (kerajaan Selangor) tawar rumah ini, sebenarnya mereka diberi pilihan kawasan yang mungkin membolehkan mereka beli rumah tapi kadang kala pembeli tidak akan dapat pilihan pertama, kedua atau ketiga.

“Apabila mereka mendapat pilihan kedua, mereka menolak kerana bukan pilihan pertama mereka. Antaranya mungkin lokasi jauh daripada tempat bekerja, atau jauh daripada rumah saudara mara, mereka”  tegas Iskandar.

Sehingga Februari 2016, jumlah permohonan yang diterima oleh kerajaan negeri adalah 12,550 dan daripada jumlah itu, sebanyak 7,820 daripadanya berjaya menerima kediaman berkenaan menerusi Rumah Selangorku.

Ia menawarkan empat jenis rumah dengan paling murah jenis A berharga RM42,000 berkeluasan 700 kaki persegi untuk pemohon bergaji bawah RM3,000 manakala termahal jenis D dijual RM250,000 berkeluasan 20 x 60 kaki.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kos rendahPASrumah mampu milikselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd