Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Tercabut Akibat Ribut: DBKL...

PETALING JAYA : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak memasang dinding sementara di...

Berita Tak Benar Ancaman...

KUALA LUMPUR - Teknologi komunikasi maklumat yang semakin pesat bukan sahaja memudahkan perkongsian...

Howto Create a Descriptive...

For anyone who is the type of students who are not able to...

PM Lancar iComm Tingkat...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek...

Program Bantuan MyBeras Mula Mei Ini – Ahmad Shabery

JOHOR BAHARU – Program bantuan beras, MyBeras, yang sepatutnya dilaksanakan bulan ini, hanya akan bermula dua bulan lagi untuk memberi masa kepada kementerian dan agensi terlibat membuat penyelarasan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penyelarasan bersama-sama agensi pusat yang lain itu turut melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.

“Penyelarasan ini penting supaya tiada mana-mana kumpulan rakyat yang sewajarnya dibantu mendapatkan beras ini tercicir. Kami nak pastikan tiada seorangpun rakyat Malaysia dijumpai kelaparan kerana tidak ada wang untuk membeli beras,” katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Exco pertanian seluruh negara di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan antara lain, bagi membincangkan isu pertanian yang memerlukan keseragaman antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Selain itu, katanya pelaksanaan program itu di Sabah dan Sarawak juga memerlukan perancangan menyeluruh dengan mengambil kira keadaan topografi dan taburan penerima bantuan di negeri berkenaan.

Katanya, program yang bakal melibatkan peruntukan antara RM100 juta sehingga RM120 juta itu, bukan sahaja melibatkan keluarga miskin tegar, malah masyarakat orang Asli serta mereka yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi.


Menurut beliau, menerusi senarai penerima yang berdaftar dengan eKasih, setakat ini hanya 83,000 penerima berdaftar dan jumlah penerima program MyBeras dijangka mencecah 100,000 menerusi penyelarasan itu.

“Selain itu, kita tidak mahu program ini dilihat sebagai program politik untuk sesiapa mendapat ‘political mileage’ atau pun janji dan gimik politik. Kita bimbang ia (isu ini) dimainkan ketika Sarawak dijangka menghadapi pilihan raya negeri April ini,” katanya.

Program berkenaan seharusnya berjalan dari Mac sehingga Disember tahun ini, akan dilaksanakan mulai Mei sehingga Februari 2017. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori