• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden PAS Jawab Mengapa Tolak Usaha Guling Kerajaan, Najib

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjawab persoalan mengapa PAS tidak mengambil kesempatan untuk menumbangkan UMNO pada waktu parti Melayu itu sedang diserang hebat oleh Pakatan Harapan melalui kerjasama kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi turut memberi beberapa sebab mengapa PAS enggan bersengkongkol dengan konspirasi kumpulan Mahathir dan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak sah iaitu melalui demontrasi dan rusuhan jalanan.

“Ramai bertanya, mengapa PAS tidak mengambil peluang daripada krisis parti kawan dan lawan yang sedang dihadapi oleh masing–masing? Khususnya kerana PAS dikira selesai menghadapi masalah dalamannya, sehingga menyingkirkan masalahnya menjadi serpihan (Parti Amanah Negara).

“Perlu difahami bahawa politik perlu kepada perhitungan yang amat teliti dan mendalam. Kepada ahli dan penyokong setia PAS, saya tegaskan bahawa politik yang berlandaskan Islam wajib berakhlak bagi mencapai kemenangan, bersama hikmah yang berhidayah kerana politik kita ada perhitungan dosa dan pahala. Matlamatnya pula tidak menghalalkan cara dan bukan untuk berlumba menjadi pemimipin untuk mengambil kesempatan bagi diri dan kroni tetapi amanah menyelamatkan umat dunia dan akhirat,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi berkata, ramai bertanya mengapa PAS tidak bersungguh menyokong usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan kerajaan Pusat dan Terengganu serta tidak bersemangat menyertai himpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan.

Beliau meminta ahli dan penyokong PAS memahami walaupun langkah itu berpotensi menumbangkan UMNO tetapi Pakatan Harapan ibarat sekumpulan ikan yang bercampur dengan belut, ular dan buaya yang membahayakan.

“Nelayan yang bijak walaupun miskin, tidak boleh menangguk di air keruh yang ikannya bercampur belut, ular dan buaya kerana membahayakan diri dan merosakkan jala dan pukat, bahkan boleh menenggelamkan perahunya serta membahayakan diri,” katanya.

Justeru, katanya, lebih baik menangguk di air jernih yang nampak manfaat dan dilihat mudaratnya.

Beliau menyindir Pakatan Harapan dengan menyatakan: “PAS bukannya parti yang sifatnya angkut penyokong dan pengundi tanpa perhitungan. Makan diri kawan untuk naik. Angkut ahli sehingga menyusahkan diri. Nak cari setiap peluang tanpa perhitungan. Angkara dicipta sehingga menyusahkan rakyat. Hentam melulu tanpa tujuan yang betul. Ulama dan ilmuannya laksana terompah kayu yang digunakan sekadar untuk masuk ke tandas kemudian ditinggalkan”

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS supaya memilih politik jernih dan matang, bukan menangguk di air keruh yang mengelirukan dan menyusahkan semua. – Mynewshub.cc

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd