• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Enam Lelaki Terlibat Pengedaran Dadah

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis menahan enam lelaki tempatan dalam empat tangkapan berasingan kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar daerah Melaka Tengah dalam tempoh 24 jam bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata dalam serbuan menerusi Op Tapis itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM8,900.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 50-an dan merampas 2.4 gram pelbagai dadah jenis heroin, syabu, ganja dan Erimin 5 bernilai kira-kira RM1,400 di Lorong Pandan di sini kira-kira 1 pagi semalam.

“Suspek dipercayai memperoleh bekalan dadah berkenaan dari negeri jiran dan menjualnya di sekitar Malim dan Tengkera,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Tengah ASP Yap Kok Sheng.

Beliau berkata tangkapan kedua melibatkan tiga lelaki berusia 32, 33, dan 34 tahun dan polis merampas sembilan paket dadah dipercayai heroin seberat 58 gram dengan anggaran nilai RM3,000 di sebuah pondok di Jalan Tampoi Krubong di sini kira-kira 11 pagi semalam.

“Dadah berkenaan ditemui ketika polis membuat pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek yang cuba melarikan diri. Kesemua mereka juga didapati positif dadah jenis morfin,” katanya.

Shaikh Abdul Adzis berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka mempunyai 26 rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.

Beliau berkata tangkapan ketiga pula melibatkan seorang lelaki berusia 40-an di Jalan Tanjung Minyak di sini dan polis turut merampas dua paket plastik dipercayai dadah jenis heroin seberat 22 gram bernilai RM1,500 dalam sebuah beg kecil yang dibawa suspek.

Katanya tangkapan keempat pula melibatkan seorang lelaki berusia 50-an yang menaiki sebuah kereta dan polis merampas sembilan paket heroin seberat 151 gram dalam satu beg hitam bernilai RM3,000 dan wang tunai berjumlah RM1,800, di Jalan Klebang Besar di sini kira-kira 12.30 tengah malam.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkenan menyertai pertandingan bola sepak...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd