• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKBM Perlu Selesaikan Isu Elaun – Khairy

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyelesaikan janji mereka memberi elaun bulanan kepada skuad negara yang menjuarai acara lebuh raya Sukan SEA 2015.

Khairy berkata elaun itu dijanjikan PKBM kepada skuad itu selepas kejayaan mendapatkan pingat emas acara lepas beramai-ramai di Singapura.

“PKBM perlu selesaikan masalah tersebut…ini janji PKBM, bukan MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia, di sini hari ini.

Menurut Khairy, polisi pemberian elaun yang ditetapkan MSN tidak melayakkan pelumba basikal profesional negara menerimanya.

“Namun saya akan pastikan dan akan turut membantu dalam mencari penyelesaian dalam isu ini,” katanya mengulas dakwaan PKBM yang mengatakan elaun RM1,500 itu merupakan tanggungjawab MSN.

Media tempatan sebelum ini melaporkan PKBM dalam mesyuarat bersama MSN, dimaklumkan skuad negara yang memenangi pingat emas acara lepas beramai-ramai Sukan SEA tidak layak menerima elaun bulanan daripada MSN.

Menurut PKBM, antara alasan yang diberikan MSN adalah kerana pelumba tidak berada dalam program latihan sepenuh masa bersama pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, pelumba Terengganu Cycling (TSG), Mohd Adiq Hussainie Othman mendakwa PKBM berjanji akan memberi elaun bulanan rentetan kejayaan memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura. – BERNAMA

Tags: ElaunKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd