Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Perlawanan Menentang Kelab EPL...

KUALA LUMPUR - Pertemuan antara Pilihan Malaysia dan Tottenham Hotspur FC di Stadium...

“Mak Pergi Sebelum Hajat...

SELEPAS kematian ibu yang tercinta, Zul Ariffin dikatakan bagai 'hilang' arah dan langsung...

SPR Tidak Mahu Tergesa...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian mendalam untuk melaksanakan...

Pil Ecstasy Menyerupai Muka...

LEBIH 5,000 pil ecstasy `kelas A’ dengan bentuk menyerupai muka presiden Amerika Syarikat,...

Pelbagai Acara Sambut Gerhana Matahari Di Indonesia

JAKARTA – Pelbagai acara diatur sempena gerhana penuh matahari yang akan dapat disaksikan di beberapa wilayah di Indonesia esok (9 Mac 2016).

Ia termasuk festival, ritual suku kaum dan solat khas gerhana.

Dari kawasan hutan di Sumatra, barat Indonesia hingga ke Kepulauan Maluku di timur, ribuan pelancong asing dan tempatan sudahpun bersiap sedia untuk menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu.

Acara khas, termasuk festival muzik dan perlumbaan bot naga sempena kejadian itu sudah siap diatur.

Indonesia menjadi satu-satunya negara di dunia yang akan dapat melihat gerhana matahari itu.

Puluhan wilayah negara itu, termasuk Sumatera Barat, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Banga-Belitung, Kalimantan Timur dan Maluku Utara dikenal pasti sebagai kawasan yang dapat menyaksikan kejadian singkat, tetapi amat bersejarah itu.

Gerhana separuh pula dapat dilihat di utara Australia dan beberapa bahagian di Asia Tenggara.

Bagi kebanyakan Muslim di negara paling ramai umat Islam di dunia itu, pengalaman itu disambut secara spiritual dengan ulama menggesa dilakukan solat khas gerhana.

“Solat itu melambangkan kebesaran Allah SWT yang menciptakan fenomena menarik itu,” kata Pengerusi Majlis Ulama Indonesia, Ma’ruf Amin.


Namun, bagi penduduk asli yang berjumlah sehingga 70 juta orang, fenomena itu ditakuti.

Suku masyarakat Dayak di sebahagian pulau Borneo akan mengadakan ritual bagi memastikan gerhana itu tidak berpanjangan.

Antara ritual yang akan diadakan ialah persembahan tradisional dan upacara keagamaan untuk memastikan matahari tidak hilang.

Gerhana penuh matahari berlaku apabila bulan berada selari antara bumi dan matahari. .

Dalam kejadian esok, bulan dijangka bergerak melintasi matahari di Sumatera pada jam 6.20 pagi (7.20 pagi) waktu Malaysia sebelum gerhana itu berlaku di seluruh Sulawesi dan Borneo dan kemudian bergerak ke Maluku dan seterusnya ke Lautan Pasifik. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori