• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima Tentera Laut Dimasyhurkan Ahli Ke-6 ‘Hall Of Fame’ MPAT

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin hari ini dimasyhurkan sebagai ahli keenam ‘Hall of Fame’, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di sini.

Pengisytiharan itu disempurnakan Komandan MPAT Datuk Sabri Zali dan beliau secara rasminya menyerahkan ‘memento’ (cenderamata) sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan kepada Ahmad Kamarulzaman.

Ahmad Kamarulzaman, 57, berkata pemasyhuran itu merupakan suatu yang istimewa baginya.

“Saya juga menghargai sumbangan dan penglibatan lima lagi ahli kepada negara dan angkatan tentera kerana pengorbanan dan kepimpinan mereka membolehkan Angkatan Tentera Malaysia berkembang menjadi sebuah organisasi yang dipercayai, seimbang dan profesional untuk menjadi perisai negara,” katanya.

Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia selama 39 tahun dan kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Laut yang ke-16 pada 18 Nov sehingga kini.

Hall of Fame merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada Alumni MPAT yang masih berkhidmat dan menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing sama ada di dalam atau luar negara.

Sebelum ini, pengiktirafan sama turut diberikan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zain sebagai penerima pertama diikuti bekas Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Tiga lagi penerima ialah bekas Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd