• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandelela Duduki Tempat Keempat Terjun Siri Dunia FINA

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara Pandelela Rinong gagal menambah pungutan pingat di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA selepas sekadar menduduki tempat keempat pada pusingan kedua siri itu di Kompleks Sukan Hamdan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu semalam.

Atlet berusia 23 tahun dari Sarawak itu yang meraih pingat gangsa bersama Leong Mun Yee dalam acara 10 meter platform seirama pada siri pembukaan di Beijing, minggu lepas, hanya mencatat 364.85 mata dalam acara 10m platform individu.

Penerjun China, Liu Huixia yang meraih pingat emas dalam acara 10m platform seirama bersama Si Yajie pada Khamis lepas, muncul pemenang acara itu setelah mengumpul 397.30 mata selepas lima terjunan.

Yajie yang menjuarai acara itu pada siri pertama, sekadar mengutip perak (395.15 mata), manakala penerjun Australia Melissa Wu mendapat gangsa dengan 382.60 mata.

Seorang lagi penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee akan beraksi dalam acara 3m papan anjal individu wanita pada hari terakhir siri kedua itu esok.

Pusingan berikutnya siri itu akan diadakan di Windsor, Kanada dari 15-17 April sebelum berakhir di Kazan, Rusia pada 22-24 April. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

12/06/2026
0

KOTA TINGGI – Sekeping gambar memaparkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama anakandanya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar menikmati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd