• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Teruskan Usaha Tingkatkan Penyepaduan Komuniti ASEAN

oleh Ahmad Albab
02/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Malaysia akan mengekalkan peranannya sebagai pemimpin dalam memastikan Komuniti ASEAN yang baru diwujudkan, berkembang lebih rapat dalam semua sektor.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata ASEAN yang rapat dan bersepadu akan memacu banyak manfaat kepada negara anggota, sama ada dalam perdagangan, pelaburan atau pelancongan.

“Prestasi ASEAN sangat baik berbanding rantau lain di dunia. Oleh itu kami sangat yakin terhadap rantau ini dan prospeknya,” katanya semasa jamuan malam pada Selasa bersama komuniti perniagaan dan profesional Malaysia di Thailand.

Majlis itu berlangsung di Kedutaaan Malaysia di sini.

Komuniti ASEAN diwujudkan secara rasminya pada Disember tahun lepas semasa kepemimpinan Malaysia mengetuai kumpulan serantau itu, dan Kuala Lumpur kata Mustapa akan mengekalkan peranannya sebagai pemimpin dalam usaha untuk merapatkan lagi rantau ini.

Beliau akan mengunjungi lebih banyak negara ASEAN tahun ini bagi menjalin hubungan dan rantaian yang lebih baik ke arah meningkatkan penyepaduan kumpulan 10 anggota itu.

Mustapa berkata setiap negara anggota ASEAN mempunyai kekuatan masing-masing, dengan memetik Thailand sebagai peneraju dalam sektor automotif, pelancongan dan pertanuan manakala Malaysia dalam sektor perbankan, elektrik dan elektronik serta Teknologi Maklumat.

“Kita perlu melihat antara satu sama lain dan membuat perbandingan. Kita juga perlu belajar daripada satu sama lain. Malaysia boleh belajar dari negara anggota lain ASEAN berasaskan kekuatan mereka dalam sektor yang relevan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, seperti yang dicapai, antara lain, oleh Petronas, Khazanah Nasional, Sime Darby dan Felda Global Ventures (FGV).

Dalam negara, Mustapa berkata ekonomi negara kini berhadapan cabaran, termasuk kejatuhan harga minyak yang menjejaskan hasil kerajaan, memandangkan 30 peratus daripada sumber pendapatan negara disumbangkan oleh minyak dan gas pada tahun lepas.

“Tahun ini kerajaan menyasarkan minyak dan gas akan menyumbang 20 peratus kepada pendapatan negara. Namun, sebarang kekurangan dalam pendapatan diimbangi oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” katanya.

Satu lagi cabaran ayng dihadapi oleh ekonomi tempatan ialah harga komoditi minyak sawit dan getah yang rendah yang sebahagian besarnya berpunca daripada ekonomi China yang perlahan.

Mustapa akan menghadiri seminar perdagangan Malaysia-Thailand hari ini, sebelum meneruskan perjalanan ke Chiangmai pada lewat petang untuk menghadiri pemukiman Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) yang bermula esok.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain. – BERNAMA

Tags: ASEANMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd