• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Jumpa Kit Siang Sebelum Umum Keluar UMNO

oleh
03/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEGARAWAN Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang yang percaya bahawa tidak ada musuh atau sahabat kekal dalam politik, kerana baginya ada kawan yang berlagak macam musuh dan musuh yang perangai macam kawan.

Prinsip beliau seperti matlamat menghalalkan cara. Namun dalam usaha hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sanggup menemui seteru politiknya selama puluhan tahun, Lim Kit Siang.

Perkara yang cukup pelik dan mengejutkan itu didedahkan beberapa portal berita tempatan malah secara terbuka ia dilakukan semata-mata bagi meraih sokongan pihak pembangkang demi mencapai matlamat beliau sendiri.

Jika direnung balik, dari era Mahathir sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi BN awal dekad 1980-an lalu, apa yang Kit Siang tidak pernah kata pada Mahathir – semuanya benda buruk dan bersifat negatif.

Boleh buka semula rekod hansard perbahasan Dewan Rakyat sepanjang tempoh Mahathir jadi ketua kerajaan, apa yang Kit Siang tidak pernah ucap kepada Mahathir dan apa yang Mahathir tidak pernah kata pada Kit Siang.

Namun macam kata pepatah Cina, “musuh baru dapat menyatukan musuh lama,” Mahathir dan Kit Siang kini berubah langsung boleh menjadi kawan akrab hanya kerana sentimen benci yang amat sangat kepada Najib.

Sebenarnya ini sudah pasti akan buat ramai pening kepala khasnya penyokong tegar UMNO, siapakah yang tergamak sanggup mengorbankan prinsip diri hanya untuk mencapai kuasa – Mahathir atau Kit Siang?

Kesediaan Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP, khususnya Kit Siang agak mengejutkan apabila mengambil kira otai DAP itu adalah pengkritik utama Mahathir semasa menerajui UMNO dan negara selama 22 tahun.

Sebelum ini, Kit Siang kerap merujuk Mahathir sebagai diktator jahat yang suka menyalah guna kuasa manakala Mahathir melihat DAP sebagai parti chauvinis Cina dan Kit Siang sebagai pemimpin rakus tamak kuasa.

Lihat sahaja banyak  buku tulisan Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa lagi pimpinan DAP jelas menunjukkan bahawa era pemerintahan Dr Mahathir merupakan paling korup, baik dari segi wang mahu pun salah guna kuasa.

Ironi kini DAP dan Mahathir boleh bekerjasama macam tiada apa-apa… Persoalannya apakah pengikut fanatik Mahathir boleh menerima DAP dan pada masa sama pengikut totok DAP boleh menerima Mahathir.

Lebih menarik untuk diperhatikan lagi, apakah rakyat Malaysia boleh menerima gabungan baharu dua musuh politik ini dan melupakan semua kata-kata mereka terhadap satu sama lain hanya untuk menumbangkan Najib?

Berbalik kepada laporan pertemuan sulit Mahathir yang mengadakan rundingan rahsia dengan Kit Siang untuk mencari kesepakatan bersama-sama dengan DAP bagi tujuan menjatuhkan Najib daripada tampuk kuasa.

Kit Siang dilaporkan mengesahkan pertemuan tersebut sebelum Mahathir muncul pada sidang akhbar untuk mengumumkan tindakan beliau keluar untuk kali kedua daripada UMNO sebagai ahli parti tunjang BN itu.

Pemimpin DAP itu menyifatkan pertemuan antara beliau dengan Mahathir sebagai ‘positif’ konon dalam merungkai kemelut politik negara namun enggan menghurai lebih lanjut hasil perjumpaan rahsia tersebut.

“Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan Mahathir mengenai keadaan negara,” kata Kit Siang sekali gus menegaskan usaha DAP tertumpu kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan bukan setakat menjatuhkan Najib.

Pendirian itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan agenda Mahathir iaitu hanya menggulingkan Najib. Pada Isnin, Mahathir berkata beliau dan isteri keluar daripada UMNO kerana tidak sehaluan dengan Najib.

Beliau juga mahu gerakan merentasi politik kepartian dilancar untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Namun tindakan Mahathir itu dilihat sebagai satu lagi cubaan untuk memecahbelahkan UMNO tetapi tidak akan berjaya.

Ini ditegaskan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yang berkata, keputusan Mahathir itu hanya langkah strategik untuk menjatuhkan Najib namun yakin UMNO tetap utuh menyokong Perdana Menteri.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd