• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kira-Kira 99% Banduan Selesai Jalani Parol Bekerja

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kira-kira 99 peratus daripada 21,189 banduan yang selesai mengikuti pemulihan di luar tembok penjara atau sistem parol sejak 2008 hingga 2015 telah berjaya mendapat pekerjaan apabila dibebaskan, kata Ketua Pengarah Penjara Malaysia Komisioner Jeneral Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata bekas banduan berkenaan sama ada telah memperolehi pekerjaan dengan majikan dalam pelbagai bidang atau berkerja sendiri.

“Jumlah berkenaan menunjukan tahap kesedaran bekas banduan berkenaan tinggi, untuk meneruskan kelangsungan hidup yang lebih sempurna setelah dibebaskan.

“Statistik pada tahun lepas (2015) menunjukkan hanya 0.34 peratus bekas banduan berkenaan yang kembali melakukan kesalahan dan jumlah itu sangat kecil,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 dan Pingat Komisoner Jeneral Penjara peringkat Negeri Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata pemulihan di luar tembok atau sistem parol menerusi program kemasyarakatan dapat memberi peluang kepada penghuni tirai besi mendekatkan diri dengan masyarakat, sekali gus memudahkan mereka untuk diterima kembali oleh masyarakat.

Hasil keberkesanan program pemulihan yang diberikan kepada banduan, Zulkifli berkata Jabatan Penjara Malaysia berjaya mengawal kadar residivis atau penghuni berulang kali masuk penjara apabila mencatatkan 8.7 peratus pada 2015 iaitu kurang berbanding 9 peratus yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
”
Program pemulihan yang efektif dan tersusun sama ada di dalam atau luar tembok penjara serta sokongan semua pihak adalah faktor kepada kejayaan itu dan kita menyasarkan hanya 5 peratus kadar residivis pada 2020,” katanya.

Mengulas mengenai APC itu, Zulkifli berkata pada tahun ini seramai 1,254 orang pegawai Jabatan Penjara Malaysia daripada pelbagai peringkat jawatan terpilih untuk menerima APC bagi 2015 dan 132 daripada penerima berkenaan dari seluruh penjara di Sabah.

Katanya anugerah yang diterima itu perlu dijadikan sebagai titik tolak untuk terus memacu kejayaan jabatan ke arah yang lebih terkemuka dan penerima harus menjadi contoh kepada anggota lain agar terus berusaha untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Zulkifli berkata penjara di seluruh negara hanya boleh menampung kira-kira 52,600 banduan dan kini terdapat sebanyak 55,000 banduan.

“Namun lebihan kapasiti berkenan dapat diatasi dengan beberapa jalan penyelesaian termasuk melakukan proses pemindahan banduan ke penjara lain dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: banduanPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Paksaan Sekolah Laksana Program Dwibahasa

Next Post

Bayi Tragedi Highland Towers Sebak Bertemu Sang ‘Hero’

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post

Bayi Tragedi Highland Towers Sebak Bertemu Sang 'Hero'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd